Ahad, 11 Disember 2011

Munajat seorang isteri



Ya Allah, kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat, kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal, kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, kau berikanlah aku kasih sesame insan.
Ya Allah, sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash. Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya…..

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan memebimbing tanganku dititianmu, kerniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku diduniaMu. Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu. Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya….

Tetapi Ya Allah, sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkanlahaku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu. Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan untuk aku memperbetulkan keadaannya. Sekiranya suamiku menyintai kesesatan , kau pandulah aku menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah, kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untukku, kau juga yang maha mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku. Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang diredhai. Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri, kau hukumlah aku didunia tapi bukan diakhiratMu.

Kuatkanlah hati dan semangatku, tabahkan aku menghadapi segala cubaanmu. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu. Bimbinglah aku menjadi isteri yang solehah. Hanya padaMu ku pohon segala harapan.

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu. Kerana aku sedar hinanya aku. Kerana aku insan lemah yang kerap keliru. Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu. Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu. Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu………

Ya Allah Ya Tuhanku… aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati… isteri yang dikasihi….. isteri yang solehah….. isteri yang sentiasa dihati suamiku…Amin,, Ya Rabbal Allamin…..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan